top of page

Bayi 11 Bulan Antara 4 Kanak-Kanak Ditemui Hidup Selepas Pesawat Terhempas 5 Minggu

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Sumber Foto : Reuters


GLOBAL | Empat kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli di Colombia ditemui hidup di selatan negara itu lebih lima minggu selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di dalam hutan tebal, kata Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Jumaat/ 9 Jun 2023.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan kanak-kanak itu diselamatkan oleh tentera berhampiran sempadan antara wilayah Caqueta dan Guaviare di Colombia, berhampiran tempat pesawat kecil itu terhempas.


"Kegembiraan untuk seluruh negara! Empat kanak-kanak yang hilang ... di hutan Colombia ditemui hidup," kata Petro dalam mesej menerusi Twitter.


Pesawat itu - Cessna 206 - membawa tujuh orang dalam laluan antara Araracuara, di wilayah Amazonas, dan San Jose del Guaviare, sebuah bandar di wilayah Guaviare, apabila ia mengeluarkan amaran kecemasan akibat kegagalan enjin pada awal pagi 1 Mei.


Tiga dewasa termasuk juruterbang maut akibat nahas itu dan mayat mereka ditemui di dalam pesawat.


Empat kanak-kanak berusia 13, 9 dan 4 tahun itu serta seorang bayi berusia 11 bulan terselamat daripada bencana itu.


Maklumat awal daripada pihak berkuasa penerbangan awam, yang menyelaraskan usaha menyelamat menyatakan kanak-kanak itu melarikan diri dari pesawat dan menuju ke hutan untuk mencari bantuan.


Pasukan penyelamat, disokong oleh anjing pencari, sebelum ini menemui buah terbuang yang dimakan kanak-kanak untuk terus hidup serta tempat perlindungan yang dibuat dengan tumbuh-tumbuhan hutan.


Kapal terbang dan helikopter dari tentera dan tentera udara Colombia mengambil bahagian dalam operasi menyelamat.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page