top of page

Angkasawan Rakam Imej Menakjubkan Letusan Solar

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Foto : Letusan solar: Foto Sumber: Instagram Thomas Pesquet


GLOBAL | Seorang angkasawan dari Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya merakam imej letusan suria yang menerangi bahagian utara Bumi, lapor akhbar Daily Star pada 9 November 2021.

Thomas Pesquet yang berkongsikan imej itu di akaun Twitter miliknya berkata, letusan suria tersebut sedang mengeluarkan ledakan terbesarnya ketika rakaman diambil.


“Kami ‘dipersembahkan’ dengan ledakan terkuat yang ditemui sepanjang melakukan misi di Amerika Utara dan Kanada.


“Ledakan yang menakjubkan itu lebih tinggi dari orbit. Kami terbang tepat di atas pusat jajaran, dengan gelombang pantas dan kuat berlaku di sekitarnya,” tulis Pesquet di Twitter.


Penemuan itu dirakam hanya beberapa minggu selepas kejadian letusan suria besar meletus dari Matahari dalam salah satu ribut suria paling kuat pernah direkodkan.


Matahari melepaskan letusan yang paling berkuasa, iaitu suar suria kelas X1 yang memuncak pada 11.35 malam (waktu tempatan), 28 Oktober lepas.



Foto :letusan solar: Foto Sumber: Instagram Thomas Pesquet



Sumber Grafik : NOAA/Ovation

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page