top of page

Amerika Gunakan 1,000 Dron AI Ganti Jet Pejuang

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT



KEPINTARAN BUATAN | WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan 1,000 dron dikuasakan teknologi kepintaran buatan (AI) dalam masa beberapa tahun lagi bagi menggantikan pesawat pejuang konvensional dalam peperangan, lapor akhbar The Sun UK pada 5 Julai 2023.

Dron jet pejuang tanpa juruterbang itu menjadi pilihan kerana harganya lebih murah dan lebih tangkas berbanding pesawat pejuang biasa.


Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) pada 2019, menubuhkan lapan pasukan pakar komputer untuk membangunkan simulasi pertempuran udara jarak dekat pesawat tempur (dogfight) menggunakan AI.


Projek pertama seumpamanya itu dikenali sebagai AlphaDogfight.


DARPA juga menganjurkan beberapa siri pertandingan menyerupai pertempuran udara sebenar dengan mengetengahkan dron AI bertempur.


Pesaingnya termasuk syarikat pertahanan utama AS seperti Lockheed


Martin dan Boeing, selain syarikat lebih kecil termasuk Heron System serta pasukan permulaan daripada universiti tempatan.


Tidak lama selepas itu, agensi berkenaan mengerahkan dron AI paling berkuasa milik Heron, untuk menentang jet pejuang dipandu juruterbang sebenar.


Seorang juruterbang jet pejuang F-16 Tentera Udara AS dikenali sebagai Banger kemudian bertempur dengan dron Heron dalam simulasi menyerupai permainan video yang disiarkan secara online.


Banger yang duduk di dalam mockup kokpit F-16 bertempur dengan sebuah lagi jet pejuang F-16 dikuasakan oleh AI.


Dron AI Heron melakukan banyak pergerakan cemerlang dengan kelincahannya serta berjaya menangkis kelebihan utama manusia yang tidak dipunyai oleh AI iaitu kreativiti.


Tentera Udara AS kemudian memperoleh versi AI Heron yang ditambah baik digelar sebagai eksperimen XQ-58 AI. Eksperimen itu berlangsung selama beberapa tahun sehingga sekarang.


Dron pesawat pejuang AS itu akan dilengkapi sensor dan senjata dan sekiranya ia ditembak jatuh, tentera AS tidak akan mengalami kerugian besar seperti yang berlaku sebelum ini.


Selain itu, dron AI tersebut juga akan memberi pilihan kepada komander tentera untuk bertindak lebih agresif dan melakukan serangan kamikaze (bunuh diri) tanpa perlu bimbang juruterbang terkorban.


Sumber – Agensi

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page