top of page

Itali siap sedia hadapi gelombang haba ekstrem

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT


PERUBAHAN CUACA | ROM: Rom dan bandar-bandar lain di seluruh Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada 10 Julai 2023/ Isnin ketika negara itu sedang bersiap sedia menghadapi gelombang haba ekstrem yang menurut pakar kaji cuaca mungkin mencatatkan rekod baharu.

Peramal kaji cuaca menjangkakan suhu sekitar 40 darjah Celsius untuk baki minggu ini di bandar-bandar di seluruh negara ketika Eropah dilanda gelombang haba sejak beberapa minggu ini.


Kementerian Kesihatan Itali pada 10 Julai/Isnin mengeluarkan amaran merah di sembilan daripada 27 bandar utama negara itu untuk sekurang-kurangnya satu daripada tiga hari akan datang.


Bandar-bandar itu termasuk Rom, Florence di tengah Itali dan Bologna di utara. Malah Bolzano, jauh ke utara Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada Selasa.


Lapan lagi daripada 27 bandar akan diletakkan pada tahap amaran jingga menjelang Rabu dan hanya empat bandar akan berada dalam status hijau, yang merujuk kepada suhu biasa.


Amaran merah turut menetapkan penduduk yang muda dan sihat untuk tinggal di dalam rumah selain perlu mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas manakala amaran oren menandakan risiko yang sama tetapi hanya untuk golongan muda, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.


Sementara itu, terdapat amaran mengenai kemungkinan bekalan elektrik terhad dan kemungkinan kerosakan pada infrastruktur. Di beberapa bandar, pihak berkuasa mungkin menyediakan akses kepada minuman percuma di tempat awam.


SUMBER – BERNAMA-XINHUA

Comments


Bring global news straight to your inbox. Sign up for our weekly newsletter.

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter

Thanks for subscribing!

© 2023 - 2025 by MyAlam. Powered and secured by Tezla Resources

bottom of page