top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Hasil Kumpulan Perangsang Selangor Melonjak 23 Peratus Kepada RM1.33 Bilion Pada 2021




BISNES | Keuntungan bersih Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) meningkat kepada RM56.19 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 daripada RM34.12 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2020.

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 25 Februari 2022/Jumaat berkata hasil meningkat 23 peratus kepada RM1.33 bilion daripada RM1.08 bilion sebelumnya.


“Prestasi kukuh ini adalah bukti pelaksanaan strategik pelan penciptaan nilai dan komitmen gigih kakitangannya, kedua-dua faktor ini telah mengukuhkan asas kumpulan,” katanya.


Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata bagi tempoh terdekat KPS berpandukan kepada pembangunan petunjuk sosioekonomi yang mungkin mempunyai kaitan dengan kemajuan rancangan penciptaan nilainya pada masa hadapan.


Ahmad Fariz Hassan berkata data daripada maklumat pasaran masih menyatakan rantaian bekalan dan mungkin tenaga buruh adalah cabaran berlanjutan hingga separuh kedua 2022.


Jelas beliau syarikat itu menjangkakan kemajuan sederhana dalam tahun kewangan semasa, kekal tangkas dalam melaksanakan strategi perniagaan dan melindungi daya maju perniagaan kumpulan itu dalam persekitaran operasi tidak menentu dan kompleks.


“Ini antara lain adalah pengimbangan semula perniagaan sedia ada, memanfaatkan peluang yang muncul serta memastikan kedudukan semula produknya yang kompetitif,” katanya.


Ahmad Fariz berkata kumpulan itu juga berusaha meneruskan mekanisme perubahan kos, menjalankan rancangan pengeluaran dan material, mempercepatkan pembuatan dan meneruskan pengoptimuman kos dan kecemerlangan operasi.


1 view0 comments

Comentarios


bottom of page