top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Bank Rakyat Tawar Hadiah Lebih RM300,000


Logo: Bank Rakyat


Hadiah bernilai lebih RM300,000 ditawarkan Bank Rakyat menerusi Kempen Jalinan Bank Rakyat 67 bermula 1 September 2021 hingga 31 Oktober 2021 sempena ulang tahunnya yang ke-67.


Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat berkata penganjuran kempen berkonsepkan langgan dan menang ini bukan saja dapat membantu pelanggan merancang kewangan dengan bijak menerusi tawaran pembiayaan yang disediakan, malah sebagai inisiatif bagi menghargai kesetiaan pelanggan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.


"Orang ramai boleh merebut peluang dengan menyertai kempen menerusi langganan produk Pembiayaan Peribadi-i dan Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi," kata Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan dalam kenyataan media pada 1 September 2021.


Syed Abdul Aziz berkata, seramai 67 pemenang cabutan bertuah bagi bulan September dan 67 pemenang lagi bagi bulan Oktober yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi-i dengan pembiayaan minimum sebanyak RM30,000 berpeluang untuk memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM134,000, yang mana masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.


Manakala, beliau berkata seramai 67 pelanggan bertuah yang melanggan produk Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi dengan pembiayaan minimum sebanyak RM20,000 bakal memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM106,000.


"Bagi kategori produk Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi tempat pertama, RM5,000 bagi tempat kedua, RM2,000 bagi tempat ketiga.


"Ketiga-tiga pemenang ini juga akan memenangi slot temu bual program Assalammualaikum di TV Al-Hijrah secara percuma bernilai RM21,000.


"Manakala, tempat keempat hingga ketujuh akan menerima RM2,000 setiap seorang dan RM1,000 bagi setiap 60 pelanggan bertuah yang lain," katanya.


Lebih menarik, beliau menambah seramai 67 pelanggan bertuah dengan jumlah langganan produk Bank Rakyat tertinggi dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021 berpeluang untuk memiliki saham Bank Rakyat atau Akaun Deposit-i Berjangka, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM134,000.

0 views0 comments

Comments


bottom of page