top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

WASPADA! Penduduk Selangor Di Tepi Pantai Mesti Berhati-Hati Fenomena Air Pasang Besar




Penduduk di pesisir pantai di negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya Selangor disaran lebih berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda selama empat hari mulai 2 Januari 2022/Ahad.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan media pada 1 Januari 2022 memaklumkan kawasan terlibat adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).


Katanya walaupun kejadian fenomena air pasang besar kali ini diramal berskala kecil berbanding November lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.


“Orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihat lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit,” katanya.


JPS turut meminta orang ramai sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa.


Berikut adalah kenyataan media penuh:






83 views0 comments

Comments


bottom of page