top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Turunkan Jejantas Pejalan Kaki Retak Di Kuala Selangor Selesai


Foto Sumber: Whatsapp Pembaca

Proses kerja menurunkan jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di Kuala Selangor yang retak pada struktur rasuk selesai hari ini (12 Januari 2022/Rabu).

Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor dalam kenyataan media di laman Facebooknya pada 12 Januari 2022 memaklumkan kerja-kerja itu disiapkan lebih awal daripada jadual asal.


"Kerja menurunkan jejantas itu bermula pada 11 malam tadi (11 JANUARI 2022) dan siap pada 5.30 pagi hari ini (12 JANUARI 2022).


"Laluan trafik telah dibuka untuk semua kenderaan pada 6 pagi," katanya.


Sehubungan itu, pihaknya merakamkan penghargaan kepada pihak konsesi iaitu Roadcare (M) Sdn Bhd yang melaksanakan kerjA itu.


"Terima kasih juga kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor yang membantu dalam pengawasan trafik dari mula kerja dilaksanakan sehingga selesai," katanya.


Sebelum ini dilaporkan jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Pengkalan Permatang terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas tersebut dipercayai hentaman daripada kenderaan berat.


Berikut adalah foto dikongsi JKR Kuala Selangor proses kerja menurunkan jejantas retak :








Berita sebelumi ini :
558 views0 comments

Comments


bottom of page