Tengku Permaisuri Selangor DYMM Tengku Permaisuri Norashikin. Sumber Foto: Facebook Selangor Royal Office
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 14 Jun 2022/Selasa, mewasalkan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.
Pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu bagi tempoh 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024 diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di Shah Alam, pada 14 Jun 2022/Selasa, lapor BERNAMA.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 kali ini berlangsung secara bersemuka bermula hari ini hingga 6 Julai menyaksikan 27,287 graduan akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.
Daripada jumlah itu, seramai 169 graduan akan menerima ijazah doktor falsafah; 1,243 ijazah sarjana; 62 profesional; 163 diploma lepasan ijazah; 9,024 ijazah sarjana muda dan 16,626 graduan menerima diploma.
Comments