top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Semua Aktiviti Pendakian di Hutan Simpan Kekal di Selangor Ditutup Sementara



Semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara bermula 1 Disember 2021/Rabu.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman sosial Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.


Katanya individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.


"Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my," kata JPNS.


Sebelum ini, media massa melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta.


Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.

4 views0 comments

Comentarios


bottom of page