top of page

Selangor kekal penyumbang terbesar ekonomi Malaysia pada 2021

  • Writer: MOHD EZLI MASHUT
    MOHD EZLI MASHUT
  • Jun 30, 2022
  • 1 min read

Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/Berita Selangor


Prestasi Selangor kembali pulih pada tahun 2021 apabila merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus berbanding pertumbuhan negatif 5.2 peratus pada tahun sebelumnya.

Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar ekonomi di Malaysia, dengan nilai KDNK sebanyak RM343.5 bilion (2020: RM327.1 bilion).


Sektor Perkhidmatan berkembang sebanyak 2.2 peratus (2020: -6.6%), didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan & minuman serta penginapan dan utiliti, pengangkutan & penyimpanan dan maklumat & komunikasi.


Sektor Pembuatan mengukuh kepada 13.1 peratus (2020: -0.7%), dibantu oleh produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik.


Sektor Pertanian berkembang 4.9 peratus (2020: 0.3%), diterajui oleh subsektor tanaman, penternakan dan perikanan. Selain itu, sektor Pembinaan menyusut sebanyak 6.6 peratus (2020: -9.7%), berikutan penurunan dalam subsektor kejuruteraan awam.




Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia/ 30 JUN 2022

Comments


bottom of page