top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Rekahan Jejantas: WASPADA Ketika Lalui Jalan Di Hadapan SMK Pengkalan Permatang K.Selangor

Updated: Jan 12, 2022


Sumber Foto: Facebook JKR Kuala Selangor


Pengguna kenderaan diminta berhati-hati berikutan terdapat rekahan pada jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Pengkalan Permatang di Laluan Persekutuan 5 di Kuala Selangor.

Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor dalam kenyataan media pada 10 Januari 2022/Isnin berkata rekahan pada struktur rasuk jejantas tersebut disebabkan hentaman daripada kenderaan berat.


Kenyataan itu menjelaskan JKR Kuala Selangor sudah membuat pemeriksaan awal dan mendapati laluan jalan raya di bawah masih selamat untuk dilalui.


"Bagaimanapun, semua pengguna perlu berwaspada ketika melalui bawah jejantas berkenaan," kata kenyataan itu menerusi Facebook.


Justeru, katanya, kerja-kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi akan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.


Selain itu, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia juga telah dimaklumkan berkenaan perkara itu.


"Langkah susulan akan dibuat setelah menerima arahan lanjut dari pejabat berkenaan," kata kenyataan itu.


Berikut adalah kenyataan media penuh dan foto dimuat naik di media sosial oleh JKR Kuala Selangor:

Mohon pengguna kenderaan agar berhati-hati ketika melalui di bawah jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Pengkalan Permatang di Laluan Persekutuan 5.


Terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas tersebut ekoran hentaman dari kenderaan berat.


JKR Kuala Selangor telah membuat pemeriksaan awalan dan mendapati laluan jalanraya dibawah masih selamat untuk dilalui.


Namun begitu, semua pengguna perlu berwaspada ketika melalui bawah jejantas berkenaan.


Kerja-kerja pemasangan TMP di lokasi akan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.


Pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dimaklumkan berkenaan perkara ini dan langkah susulan akan dibuat setelah menerima arahan lanjut dari pejabat berkenaan.


Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat JKR Kuala Selangor ditalian 03-32891040/1626.








INFOKINI | Adalah dimaklumkan JKR Kuala Selangor mendapati terdapat kerosakan struktur rasuk jejantas di seksyen 484.5 berhampiran SMKA Kuala Selangor.
Pengguna dinasihatkan untuk berhati hati dan dicadangkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Bukit Belimbing seperti di dalam peta yang dilampirkan.
Sumber: Facebook JKR Kuala Selangor
10 JANUARI 2022/ISNIN


NOTIS PEMAKLUMAN
PENUTUPAN SEMENTARA JALAN

Dimaklumkan kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Pengkalan Permatang akan dilaksanakan bermula :


11.00 malam 11 Januari 2022 (Selasa) hingga 6.30 pagi 13 Januari 2022 (Khamis)

Sehubungan dengan itu, Laluan Persekutuan 5 (FT005), Jalan Klang - Sabak Bernam di lokasi berkenaan akan ditutup untuk semua kenderaan.


Mohon kerjasama pengguna kenderaan untuk menggunakan laluan alternatif.


LAMPIRAN A & B akan dikemaskini


Terima kasih.


Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat JKR Kuala Selangor ditalian 03-32891040/1626.


Disediakan oleh:

Pejabat JKR Kuala Selangor



TERKINI: 12 JANUARI 2022

Kerja - kerja menurunkan rasuk jejantas di hadapan SMK Pengkalan Permatang telah dapat disiapkan lebih awal dari jadual.


Laluan trafik telah dibuka untuk semua kenderaan pada pukul 6.00 pagi ini.


Terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor yang membantu dalam pengawasan trafik dari mula kerja dilaksanakan sehingga selesai.


Sumber Facebook JKR Kuala Selangor

12 Januari 2022









271 views0 comments

Comments


bottom of page