top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Penduduk Semua Daerah Selangor Perlu Waspada Risiko Banjir


Keadaan banjir yang berlaku di Kampong Harmoni pada November 2019. Sumber Foto: Mohd Ezli


Sembilan daerah di Selangor berdepan risiko banjir susulan daripada taburan hujan yang dijangka meningkat pada bulan November 2021 berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor dalam kenyataan media pada 17 November 2021/Rabu berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan purata hujan bagi bulan November di negeri ini adalah antara 250 hingga 370 milimeter (mm).


Menurut kenyataan itu, purata taburan hujan antara 140mm hingga 300mm turut diramalkan di Selangor sepanjang bulan Disember sehingga Mac 2022 depan.


"Ini akan menyebabkan risiko banjir dan banjir kilat di sembilan daerah di negeri ini.


"Kerajaan negeri menasihatkan penduduk yang dikenalpasti berisiko berdepan situasi banjir dan banjir kilat agar mengambil langkah bersedia serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dari masa ke masa," kata kenyataan itu.


Menerusi senarai dikeluarkan, beberapa kawasan berisiko banjir itu membabitkan sembilan daerah iaitu Hulu Langat (32 lokasi), Klang (26 lokasi), Petaling (23 lokasi), Gombak (21 lokasi), Kuala Selangor (18 lokasi), Sepang (lapan lokasi), Kuala Langat (tujuh lokasi), Hulu Selangor (empat lokasi) dan Sabak Bernam dua lokasi.


Dalam pada itu, tambah kenyataan itu lagi, kerajaan negeri juga mengarahkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pihak Berkuasa Keselamatan dan PBT untuk melaksanakan persediaan awal.


"Ini adalah bagi menghadapi kejadian banjir, banjir kilat, tanah runtuh, ribut dan lain-lain persediaan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut ini," katanya.




SIARAN MEDIA PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM MONSUN TIMUR LAUT BAGI SEMUA DAERAH DI NEGERI SELANGOR

Berdasarkan tinjauan jangka panjang taburan hujan Negeri Selangor, Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Selangor meramalkan purata hujan bagi bulan November 2021 adalah di antara 250mm – 370mm, Disember 2021 (200mm – 300mm), Januari 2022 (150mm – 230mm), Februari 2022 (140mm – 210mm) dan Mac 2022 (200mm – 300mm). Ini akan menyebabkan risiko kejadian banjir dan banjir kilat di sembilan (9) Daerah di Negeri

Selangor.


Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan penduduk-penduduk di kawasan yang telah dikenalpasti berisiko mengalami banjir dan banjir kilat seperti di Lampiran 1 untuk mengambil langkah-langkah persediaan dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa.


Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pihak Berkuasa Keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan tindakan – tindakan persediaan awal bagi menghadapi kejadian banjir, banjir kilat, tanah runtuh, ribut, dan lain-lain sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.









69 views0 comments

Comments


bottom of page