top of page

Michael Feichtenbeiner Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Selangor FC

Writer's picture: MOHD EZLI MASHUTMOHD EZLI MASHUT

Sumber Grafik: Selangor FC


Selangor FC mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Utama untuk tahun 2022, di samping menggalas jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab.

Berikut adalah kenyataan penuh media :


Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama untuk tahun 2022, di samping menyambung semula jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab.


Dato' Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC berkata:


"Kami telah melihat kebolehan yang telah ditunjukkan Michael semasa beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih sementara musim lalu. Perlaksanaan dengan mengetengahkan pemain muda yang boleh bekerjasama dengan pemain senior, dan peralihan pantas di antara menyerang dan bertahan adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan sebuah pasukan yang mampu menjuarai saingan di masa hadapan. Kami yakin dengan keputusan ini dengan di bawah pimpinan beliau, kita menuju ke arah yang lebih baik dalam mencapai kejayaan."


Michael memulakan karier sebagai jurulatih remaja VfB Stuttgart sebelum menyertai kelab Switzerland BSC Old Boys Basel sebagai ketua jurulatih. Beliau bertugas sebahagian besar kejurulatihannya di Jerman, kerana beliau dilahirkan di Stuttgart, Jerman Barat.


Antara pencapaian signifikan Michael termasuklah dalam Piala DFB pada 2019-2020 dengan kelab Bundesliga 2 (liga bola sepak divisyen dua Jerman), Stuttgarter Kickers, dengan mengalahkan tiga kelab Bundesliga (Borrusia Dortmund, Arminia Bielefeld dan SC Freiburg) dalam perjalanan ke separuh akhir di mana mereka akhirnya disingkirkan oleh Werder Bremen selepas masa tambahan.


Sumber Grafik: Selangor FC


Jurulatih Jerman itu juga pernah menjadi ketua jurulatih di Malaysia untuk MPPJ FC (kini dibubarkan) pada 2005-2006, menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana Malaysia.


Michael kembali ke Jerman, apabila beliau dilantik semula sebagai ketua jurulatih SC Pfullendorf pada 2006, walaupun mendahului kedudukan Liga Super Malaysia bersama MPPJ FC pada awal Ogos 2006.


Selain itu, Michael juga pernah melatih di Indonesia dengan Bintang Medan FC pada 2010-2011. Selepas itu, beliau bertugas untuk Persekutuan Jerman (DFB) dari 2015 hingga 2019 sebagai ketua jurulatih


B-15 hingga B-17 pasukan bola sepak kebangsaan. Dia khususnya bekerja mengikuti dan membimbing kumpulan umur pemain yang dilahirkan pada tahun 2002.


Pada Disember 2019, Michael kembali ke Malaysia dengan Selangor FC sebagai Pengarah Sukan dan juga bertanggungjawab untuk melatih feeder team kami - Selangor FC 2.


Pihak Gergasi Merah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Michael Feichtenbeiner dalam peranan baharunya sebagai ketua jurulatih Selangor FC dan kami berharap dia dapat meningkatkan pasukan pertama ke tahap yang lebih tinggi dengan memberikan kejayaan kepada kami di atas padang.


Demi Kebanggaan!

32 views0 comments

Comments


bottom of page