top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

MAIS Tawar Sewa Rumah Serendah RM500 Sebulan

Updated: Feb 17, 2022


Sumber Grafik: Facebook MAIS


PERUMAHAN | Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan rumah sewa milik agensi itu pada kadar serendah RM500 kepada pemohon yang layak.

MAIS dalam kenyataan media di Facebook pada 16 Februari 2022/Rabu memaklumkan antara kriteria adalah pemohon sudah berkeluarga, mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000 serta bekerja di Selangor.


"Individu yang memenuhi kriteria berkenaan layak menyewa kediaman MAIS dengan sewaan serendah RM500 untuk pekerja sektor awam dan RM600 bagi sektor swasta.


"MAIS menawarkan sewaan kediaman di Wisma MAIS, Seksyen 3 Shah Alam dengan berkeluasan 600 kaki persegi yang mana terdapat tiga bilik tidur dengan dua bilik air," katanya.


Tawaran berkenaan terbuka kepada semua tetapi keutamaan diberikan kepada pemohon beragama Islam.


Jelasnya, ia juga adalah satu usaha MAIS membantu pemulihan ekonomi masyarakat adalah dengan memberikan kadar sewaan yang amat murah.


"Pihak yang berminat boleh memuat turun Borang Permohonan Sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/ dan untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi 019-2640631 (Arzlan)," katanya.


Untuk maklumat, antara kemudahan di Wisma MAIS itu adalah kawalan keselamatan 24 jam serta terdapat sistem kamera litar tertutup (cctv); 220 kawasan parkir terbuka (percuma); surau; perpustakaan wakaf dan pelbagai restoran serta kedai menjual barangan keperluan harian," katanya.


SEWAAN SERENDAH RM500 DI SHAH ALAM
ANDA MEMPUNYAI KRITERIA BERIKUT?
- Berkeluarga - Mempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00 - Berkhidmat di Negeri Selangor
JIKA YA, Anda layak untuk menyewa kediaman MAIS dengan sewaan serendah RM500.00 (Sektor Awam) RM600.00 (Sektor Swasta).
Kami menawarkan sewaan kediaman di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air)
Berminat?
Muat turun Borang Permohonan Sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/
Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi 019-2640631 (Encik Arzlan
KEMAS KINI : 17 FEBRUARI 2022
PERMOHONAN SEWAAN RUMAH KEDIAMAN DI WISMA MAIS DENGAN KADAR SERENDAH RM500 DITUTUP

Tawaran untuk sewaan kediaman di Wisma Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Seksyen 3 Shah Alam dengan kadar serendah RM500 mendapat permohonan yang tinggi dalam masa dua hari ini setelah dihebahkan melalui media sosial dan media perdana bermula 16 Februari.


Oleh itu, tawaran ini ditutup bagi membolehkan pihak MAIS membuat saringan kepada mereka yang telah menghantar permohonan.


Pihak MAIS akan mendahulukan pemohonan beserta borang dan dokumen yang lengkap mengikut kriteria yang ditetapkan untuk diproses.


Kekosongan kediaman yang ditawarkan adalah sebanyak 30 unit sahaja sebagai satu inisiatif MAIS membantu pemulihan ekonomi masyarakat.


Sejurus itu, pihak MAIS mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin menyebarkan info berkaitan sewaan ini.




836 views0 comments

コメント


bottom of page