KEADAAN lori tanah yang tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman penggawa, Sungai Lias, pada 26 Ogos 2021. FOTO Ihsan Pembaca.
SUNGAI BESAR | Satu kejadian kemalangan mengejutkan melibatkan lori berlaku pada 26 Ogos 2021/Khamis apabila kenderaan itu bagaikan berdiri ala-ala 'Transformers'.
Lori itu tersangkut di jejantas selepas bahagian meletak muatan lori terbabit terangkat dalam dalam kejadian di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman Penggawa, Sungai Lias, Sungai Besar.
Menurut laporan BH Online pada 27 Ogos 2021/Jumaat, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang ketika kenderaan berat terbabit selesai menurunkan tanah di kawasan pembinaan.
Foto Sumber : Facebook Mazlan Shari
"Lori itu kemudian meneruskan perjalanan. Secara tiba-tiba, bahagian 'bucket' telah tersangkut pada jejantas, dipercayai akibat kerosakan butang hidraulik.
"Bagaimanapun, pemandu lori berusia 32 tahun itu hanya mengalami sakit di bahagian dada," kata Superintendan Agus Salim Mohd Alias, pada 27 Ogos 2021/Jumaat.
Beliau menjelaskan akibat kemalangan itu, lori dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian 'bucket'.
"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.
Sebelum ini, tular rakaman video dan foto di media sosial menunjukkan lori tanah terbabit tersangkut di jejantas.
Foto Sumber: facebook Sabak Bernam Di Hatiku
Comments