top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Khidmat Unifi Business Pacu Pendigitalan PMKS




Telekom Malaysia Bhd (TM) bersedia untuk memacu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempercepatkan perjalanan pendigitalan menerusi unifi Business, kata Ketua Pegawai Komersial TM

Anand Vijayan berkata ia susulan pengumuman kerajaan untuk meningkatkan Geran Pendigitalan untuk PMKS di Malaysia kepada RM200 juta.


Katanya, peningkatan itu langkah besar yang tepat dan dijangka memberi impak ketara untuk memacu pendigitalan, terutama ketika perniagaan memerlukan teknologi bagi mempercepatkan tempoh pemulihan dan seterusnya.


"Dalam tempoh pemulihan, unifi Business meletakkan dirinya sebagai pemacu pendigitalan pilihan untuk PMKS menerusi penyelesaian yang berfokuskan digital sambil memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dalam menyokong usaha kerajaan ke arah pendigitalan PMKS.


"Sebagai rakan penyedia perkhidmatan teknologi (TSP) yang dilantik kerajaan di bawah Geran Pendigitalan PMKS, kami mempunyai rangkaian lengkap penyelesaian pendigitalan yang boleh membantu setiap langkah perjalanan pendigitalan mereka," katanya pada sesi taklimat media diadakan secara maya pada 16 November 2021/Selasa, lapor BH Online


Sejak unifi melancarkan inisatifnya tersendiri dengan memanfaatkan Geran Pendigitalan pada Ogos 2021, sambutan yang diterima daripada PMKS amat menggalakkan.


Ketika ini, unifi memberi perkhidmatan kepada sebahagian besar ekosistem PMKS dengan lebih 375,000 peniaga PMKS melanggan penyelesaiannya di seluruh negara.


Di bawah geran itu, usahawan PMKS boleh melanggan pakej penyelesaian unifi Business dengan penjimatan sehingga 50 peratus selama 12 bulan.


Sementara itu, Yusman berkata, maklum balas diterima daripada PMKS menunjukkan pendigitalan menjadi pemangkin untuk memulihkan perniagaan dan seterusnya berkembang maju.


"Pandemik mengubah landskap perniagaan di Malaysia dan pendigitalan adalah cara untuk terus melangkah ke hadapan.


"Kami melihat banyak perniagaan yang disokong dalam tempoh yang sangat mencabar ini menerima impak positif. Saya gembira melihat mereka bukan hanya berjaya bangkit, malah berkembang maju hasil menggunakan penyelesaian pendigitalan kami meskipun berdepan cabaran," katanya.


unifi memiliki pelbagai penyelesaian untuk memenuhi keperluan setiap PMKS yang berbeza, termasuk Microsoft 365 yang membolehkan perniagaan meningkatkan produktiviti dengan penyelesaian masa nyata untuk berhubung dan bekerjasama pada bila-bila masa, di mana-mana saja.


Penyelesaian itu juga menawarkan akses kepada fail dalam masa nyata merentasi pelbagai peranti sambil memastikan tahap integriti data yang tinggi.


Untuk perniagaan baharu yang menceburi pasaran digital, unifi menawarkan Digital Marketing Solution yang komprehensif, di mana pengguna boleh meningkatkan kehadiran dalam talian dengan keterlihatan yang dipertingkatkan terutama di media sosial.


Satu lagi inovasi unifi Business adalah laman cari@unifi Premium Listing, satu penyelesaian yang membolehkan perniagaan menjangkau kepada lebih ramai pelanggan menerusi senaraian dan artikel dalam talian di platform e-dagang tempatan yang sangat popular iaitu cari@unifi.

1 view0 comments

Comentarios


bottom of page