top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kewangan Islam Terus Berkembang, Terus Meningkat Pada 2022 - Kajian




KEWANGAN & PERBANKAN | Kewangan Islam diunjur terus berkembang pada 2022 apabila pemulihan ekonomi semakin pesat, khususnya di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC), kata Moody's Investors Service.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanannya dalam kenyataan media pada 8 Mac 2022/Selasa berkata pemulihan ekonomi dalam pasaran kewangan Islam utama meningkatkan pertumbuhan kredit serta permintaan untuk produk patuh Syariah dan ia menjangkakan pertumbuhan aset bank Islam akan terus mengatasi prestasi rakan setara konvensional.


"Pada masa sama, kami menjangkakan harga minyak yang lebih tinggi akan menjuruskan kepada terbitan sukuk yang lebih rendah pada 2022, sebahagian besarnya didorong oleh keperluan pembiayaan yang lebih rendah dalam GCC," kata Ashraf Madani.


Firma penyelidikan itu menyatakan terbitan sukuk jatuh 12 peratus kepada AS$181 bilion pada 2021 di tengah-tengah keperluan pendanaan kerajaan yang lebih rendah di rantau GCC dan Indonesia dalam keadaan harga minyak yang lebih tinggi dan pemulihan ekonomi.


Moody's berkata, aktiviti terbitan dijangka terus turun pada 2022 kepada AS$160-AS$170 bilion.


Pada 2020, aset di bawah pengurusan (AUM) untuk dana Islam meningkat kepada paras tertinggi baharu US$140 bilion, mengembang 31.9 peratus tahun ke tahun.


Menurut anggaran Moody's, dana Islam AUM terus mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021, didorong oleh persekitaran ekonomi yang bertambah baik, prestasi pasaran ekuiti yang kukuh dan permintaan pelabur yang meningkat.


Pendorong ini kemungkinan akan terus menyokong pengembangan AUM selepas 2021, jelasnya.

1 view0 comments

コメント


bottom of page