top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kajian Dapati Harga Rumah Meningkat Pada 2022, Kini Masa Sesuai Beli



Sebahagian besar rakyat berpendapat sekarang ini masa sesuai membeli rumah atau pangsapuri kerana menjangkakan harga hartanah meningkat menjelang Disember 2022, demikian kaji selidik firma teknologi hartanah, Juwai IQI.

Kaji selidik ydijalankan mulai 28 September hingga 21 Oktober 2021 turut mendedahkan pilihan pembeli berubah dengan mendadak semasa pandemik.


"Pengguna sangat positif mengenai harga rumah dalam tempoh 14 bulan akan datang. Tidak dinafikan, sesetengah pengguna berasa terdesak membeli sebelum harga terus naik," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari dalam kenyataan media pada 27 Oktober 2021/Rabu.


Beliau berkata COVID-19 mengubah pilihan rakyat dari segi pengaturan kehidupan dengan 83 peratus responden kini merasakan pejabat rumah atau ruang belajar adalah lebih penting.


"Memiliki kediaman lebih besar kini lebih penting bagi 72 peratus responden manakala ruang hijau persendirian pula lebih penting bagi 68 peratus responden," katanya.


Kashif berkata pembeli rumah hari ini juga mempunyai keinginan kuat mendapatkan ruang bekerja dari rumah kerana kawalan pergerakan begitu lama.


Justeru, ramai pemaju bertindak balas dengan melukis semula pelan lantai untuk projek baharu mereka.


"Dalam beberapa kes, mereka memilih untuk membina di tanah lebih murah supaya mereka mampu menawarkan rumah lebih besar," katanya.


Kaji selidik itu mendedahkan 64 peratus responden percaya tinggal berdekatan dengan pusat bandar adalah lebih penting hari ini berbanding sebelum pandemik.


"Sementara 60 peratus lagi menyatakan duduk berhampiran hospital atau klinik juga lebih penting daripada sebelum COVID-19 melanda," katanya.


================================================================================



8 views0 comments

Comentários


bottom of page