top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

JobStreet Dapati Purata Gaji Pekerja Malaysia Naik 3.2 Peratus




Pasaran pekerjaan Malaysia mencatatkan purata pertumbuhan gaji sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun, dengan pengkhususan pendidikan/latihan dan perakaunan/kewangan mempunyai kadar kenaikan gaji tertinggi, menurut Laporan Gaji 2022 JobStreet Malaysia.

Sebaliknya, beberapa industri dan pengkhususan termasuk makanan dan minuman (F&B), hotel/restoran, bangunan/pembinaan serta jualan dan pemasaran menyaksikan penurunan gaji berikutan sekatan pergerakan, pemberhentian kerja dan penggunaan pendigitalan akibat COVID-19, lapor BERNAMA pada 28 Februari 2022/Isnin.


JobStreet berkata, laporan itu berdasarkan data yang dikumpul antara suku pertama dan suku ketiga 2021 berbanding tiga suku tahun yang sama pada 2020.


Secara keseluruhannya, sebanyak 43.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan baharu di Malaysia menyaksikan kenaikan gaji yang ditawarkan, manakala 18.9 peratus kekal tidak berubah.


https://www.bixmedia24.com/post/jobstreet-dapati-purata-gaji-pekerja-malaysia-naik-3-2-peratus


Sektor awam menyaksikan kenaikan gaji tertinggi dengan 63 peratus daripada pekerjaan baharu dicatatkan menyaksikan kenaikan gaji, diikuti industri pendidikan, barangan pengguna dan pengangkutan sebanyak 46 peratus.


Dari segi pengkhususan, sebanyak 48 peratus daripada pekerjaan yang membabitkan pendidikan/latihan menyaksikan kenaikan gaji, diikuti pekerjaan dalam bidang komputer/teknologi maklumat (IT) dan pentadbiran/sumber manusia (HR) (46 peratus).


Sementara itu, industri pembuatan, seni/media/komunikasi dan kejuruteraan adalah tiga pengkhususan utama dengan pengurangan gaji dalam tempoh tersebut.


Pemohon pekerjaan dalam industri sains dan teknologi menyaksikan antara kenaikan gaji tertinggi, dengan jawatan pengurus menyaksikan pertumbuhan gaji median tahun ke tahun sebanyak 17.2 peratus.


Jawatan pekerjaan peringkat permulaan dalam perkhidmatan komunikasi dan industri elektrik/elektronik turut mencatatkan pertumbuhan yang ketara dalam gaji median, masing-masing sebanyak 33.3 peratus dan 15.4 peratus.


Sebaliknya, dalam jualan dan pemasaran, pengurus dan pengurus kanan mengalami kemerosotan gaji median, masing-masing sebanyak 11.4 peratus dan 52.5 peratus.


Bagaimanapun, jualan dan pemasaran kekal sebagai pengkhususan dengan jumlah iklan pekerjaan terbanyak dicatatkan selama dua tahun berturut-turut.


Bidang pengkhususan dengan gaji tertinggi di Malaysia ialah komputer/IT, dengan gaji median sebanyak RM6,000.


"Pekerja dalam bidang komputer/IT boleh berasa selesa berikutan mereka memperoleh pendapatan paling banyak dalam semua bidang pengkhususan lain dan tanpa mengira tahap jawatan, kecuali pengurus kanan yang memperoleh gaji median sebanyak RM17,000 berbanding mereka dalam bidang pentadbiran/HR yang mendapat RM22,250.


"Dengan gaji median sebanyak RM6,000, industri telekomunikasi adalah industri dengan gaji tertinggi," menurut JobStreet.


Sementara itu, industri insurans mencatatkan pertumbuhan gaji median tertinggi sebanyak 14.6 peratus (RM700) pada 2021.


"Pekerja dalam industri F&B perlu sedar bahawa industri mereka paling berisiko, dengan penurunan gaji median sebanyak 40 peratus," katanya.


4 views0 comments

Comments


bottom of page