top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

JAIS Serah Nama Individu Enggan Ambil Vaksin Covid-19 Kepada Sultan Selangor




Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bakal menyerahkan senarai nama individu yang enggan mengambil vaksin COVID-19 kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat 24 September 2021/Jumaat.

Semua individu yang terbabit itu terdiri guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di negeri ini, lapor BH ONLINE pada 22 September 2021/Rabu.


Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata Sultan Sharafuddin sudah menitahkan kepadanya supaya memberikan perincian berhubung program vaksinasi khas.


"Saya dititah oleh Tuanku semalam untuk melaporkan semua maklumat berkaitan program hari ini, khususnya siapa yang tidak hadir dan menolak untuk divaksin. Tuanku amat prihatin kerana kumpulan ini juga barisan hadapan dan perlu ambil tindakan sewajarnya.


"Tugas saya di peringkat jabatan, saya akan berbincang dengan timbalan dan pegawai saya dan kita akan merujuk semua peraturan dan tatatertib.


Saya akan menggunakan kuasa saya jika perlu selepas dinasihati, tetapi mereka yang masih enggan divaksin akan diteliti, termasuk dari segi perundangan dan hukuman," katanya.

Beliau berkata demikian pada program pemberian vaksin melalui pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Khas individu yang belum divaksin menerusi kerjasama JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Masjid Negeri pada 22 September 2021/Rabu.


19 views0 comments

Comments


bottom of page