top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

GEMPAR | Selepas 3 Jam Kebakaran Wisma Jakel Shah Alam, Api Masih Marak



Anggota bomba berusaha memadam kebakaran gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam pada 1 Januari 2023. - Sumber Foto : NSTP/Faiz Anuar


Selepas tiga jam, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan masih bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam.

Kebakaran bangunan lot kedai tiga tingkat Wisma Jakel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, dilaporkan kepada JBPM jam 7.08 pagi/ 1 Januari 2023.


JBPM kemudian menghantar pasukan dari tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi, iaitu BBP Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong.


Difahamkan, pasukan bomba kini dalam usaha memadamkan bara api di bawah timbunan kain terdapat dalam gedung berkenaan dan setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden berkenaan.


Saksi berdekatan lokasi memberitahu, api kelihatan masih marak di bahagian atas bangunan berkenaan dan kepulan asap tebal dilihat menjulang di tempat kejadian dengan anggota bomba terus bertungkus lumus memadamkan sepenuhnya kebakaran besar berkenaan.


"Nampak api seperti merebak ke tingkat atas," kata saksi berkenaan, lapor BH Online pada 1 Januari 2023.


Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, sebaik anggota bomba tiba di lokasi, didapati lot kedai tiga tingkat itu sedang terbakar 80 peratus sebelum api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam kemudian.


Berikut adalah foto kebakaran berkenaan yang dikongsikan orang awam di media sosial :





30 views0 comments

Comments


bottom of page