top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Aqua-Flo Dapat Kontrak Urus Bahan Kimia Air Selangor Nilai RM91.6 juta




Anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), Aqua-Flo Sdn Bhd memperoleh kontrak pembekalan bernilai RM91.6 juta daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk membekal, mengangkut dan menghantar bahan kimia air ke lokasi loji rawatan air.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPS berkata kontrak itu berlangsung selama 14 bulan dari 1 November 2021 hingga 31 Disember 2022, lapor BH Online paDA 21 Oktober 2021/Khamis.


"Kontrak itu, yang diperoleh melalui tender terbuka, mempunyai pilihan untuk dilanjutkan berdasarkan kepada permintaan daripada Air Selangor," katanya.


Syarikat itu berkata, kontrak diharapkan dapat memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan KPS bermula dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 hingga 2022.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata permintaan semakin meningkat untuk bahan kimia oleh pengendali air terbesar di Malaysia itu menunjukkan keyakinan Air Selangor terhadap Aqua-Flo dalam memainkan peranan penting memastikan kelestarian bekalan air bersih dan selamat.


"Disokong oleh rekod prestasi kami yang konsisten dalam menyediakan produk berkualiti dengan harga yang kompetitif, kontrak baharu ini menjadikan status Aqua-Flo sebagai salah satu peneraju pasaran dalam pembekalan bahan kimia rawatan air di negara ini," kata Ahmad Fariz Hassan.


Aqua-Flo sebelum ini memenangi kontrak dua tahun bernilai RM162.5 juta oleh Air Selangor dari 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020, yang kemudiannya dilanjutkan selama 12 bulan lagi sehingga 31 Oktober 2021 dengan nilai tambahan RM81.2 juta.


Melangkah ke hadapan, KPS menjangkakan pertumbuhan organik dalam perolehan nilai kontrak Aqua-Flo kerana ia terus mengukuhkan daya tarikannya dalam penjualan bahan kimia serta meningkatkan pendapatan daripada segmen perniagaan meter air dan peralatan daripada pelanggan sedia ada dan yang baharu.


Aqua-Flo adalah perintis tempatan dalam penyediaan dan pembekalan bahan kimia kepada industri rawatan air, sisa dan kumbahan yang membekalkan bahan kimia seperti klorin cair, polyaluminium klorida dan kapur terhidrat dan tawas cair.





3 views0 comments

Comentários


bottom of page