top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

ALP labur RM4.15 Bilion Bangun Penyelesaian Penggudangan Di Bukit Raja


Foto Sumber: https://archinect.com/scfc/project/alp-logistic-republic-taichung


Pemaju infrastruktur penggudangan terbesar Taiwan, Ally Logistic Property Co Ltd (ALP) bakal melabur AS$1 bilion (RM4.15 bilion) di Malaysia bagi membangunkan penyelesaian penggudangan dalam usaha melonjakkan industri logistik negara.

Dalam kenyataan media pada 5 November 2021/Jumaat, syarikat itu berkata perancangan terbabit sedang dilaksanakan menerusi pembangunan taman logistik berkeluasan 10.92 hektar bernilai AS$180 juta (RM750 juta).


Katanya pembangunan itu yang merangkumi kemudahan penggudangan pintar dikenali sebagai OMega di Bukit Raja, Selangor dan pertama seumpamanya di Malaysia.


Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ALP berkata industri rantaian bekalan Malaysia menyediakan peluang besar yang belum dimanfaatkan dan memerlukan pelaburan berskala besar serta model perniagaan perkongsian ekonomi bagi memacunya.


"Pasaran Malaysia menawarkan potensi luas dan kami yakin pelaburan di sini dapat menarik lebih ramai penggiat serantau serta pelaburan bernilai tinggi bagi memacu aspirasi negara ini untuk muncul sebagai hab e-dagang serantau.


"OMega memperkenalkan model kerjasama pengoperasian bagi membuka peluang ekonomi baharu dan memacu pertumbuhan industri sambil memperkasa jenama tempatan dalam usaha transformasi mereka menembusi pasaran baharu serta meraih kekayaan," kata Charlie Chang.


Pembinaan Omega ALP di Bukit Raja dijangka siap pada suku pertama 2024 dan menjadi sebahagian daripada rantaian kemudahan penggudangan serantau ALP yang dapat menarik perhatian pelabur multinasional serta jenama yang berminat mewujudkan pusat pengedaran di Malaysia.


Malah, gudang pintar OMega yang terletak di lokasi strategik di serata Malaysia juga dijangka dapat mewujudkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan, kata kenyataan itu.



11 views0 comments

Comments


bottom of page