Sumber Foto: Airbus
PENERBANGAN | Airbus di Malaysia membuka pejabat perkhidmatan pelanggan baharu di Sepang yang bakal berfungsi sebagai pejabat serantau.
Syarikat itu dalam kenyataan di laman Facebook pada 16 November 2021/Selasa berkata ia untuk menambah baik keperluan kejuruteraan dan kecekapan armada pelanggan syarikat penerbangan di Asia dan Pasifik.
Kakitangan di kemudahan itu akan melaksanakan pelbagai peranan termasuk data teknikal dan perkhidmatan perancangan penyelenggaraan, serta perkhidmatan kejuruteraan pembaikan.
"Pejabat baharu itu akan membolehkan semua pasukan Malaysia kami meningkatkan kerjasama, dan membangunkan penyelarasan dan penyelesaian yang lebih baik untuk pelanggan kami," kata Ketua Perwakilan Negara Malaysia, Raymond Lim.
Comments