Seramai 11 penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan (p-hailing) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sepanjang 2021, kata Pengarah JPJ Selangor.
Nazli Md Taib berkata berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman terdapat peningkatan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal p-hailing.
Katanya sehingga Ogos 2021 sebanyak 88 kes kemalangan dilapor membabitkan penunggang p-hailing, angka ini sangat merisaukan.
"Disebabkan itu, operasi dan program advokasi dijalankan," katanya lapor BH Online pada 12 Oktober 2021/Selasa.
Beliau memaklumkan Op Merah yang berakhir pada 7 November 2021 dilancarkan bagi tujuan penguatkuasaan dan advokasi kepada penunggang p-hailing.
Katanya, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah serta kepentingan menjaga kenderaan dengan betul.
Comments