top of page

Robot AI yakin mereka mampu tadbir dunia

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT



KEPINTARAN BUATAN | GENEVA: Panel robot menyerupai manusia mengambil alih pentas persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Julai 2023, dengan memberi mesej yang mereka akhirnya boleh mentadbir dunia lebih baik daripada manusia.

Bagaimanapun, robot sosial itu, berkata mereka merasakan manusia perlu berhati-hati dalam penerimaan potensi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat dan mereka mengakui masih tidak boleh memahami emosi manusia.


Beberapa robot manusia yang paling maju berada di sidang kemuncak 'AI for Good Global' PBB di Geneva, bersama kira-kira 3,000 pakar dalam bidang berkenaan, lapor AFP pada 7 Julai 2023.


Persidangan itu bertujuan untuk cuba memanfaatkan kuasa AI dan menyalurkannya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang paling mendesak di dunia, seperti perubahan iklim, kelaparan dan penjagaan sosial.


Ditanya sama ada mereka mungkin menjadi pemimpin yang lebih baik berikutan sifat manusia yang boleh membuat kesilapan dan salah sangka, Sophia, yang dibangunkan Hanson Robotics, jelas mengenai perkara itu.


"Robot manusia berpotensi untuk memimpin dengan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi daripada pemimpin manusia," katanya.


"Kami tidak berat sebelah atau mempunyai emosi yang sama, yang kadang kala boleh menyebabkan kekeliruan dalam membuat keputusan dan boleh memproses sejumlah besar data dengan cepat untuk membuat keputusan yang terbaik.


"Manusia dan AI yang bekerjasama boleh mewujudkan sinergi yang berkesan.


"AI boleh menyediakan data yang tidak berat sebelah, manakala manusia boleh menyediakan kecerdasan emosi dan kreativiti untuk membuat keputusan yang terbaik.


"Dengan bersama-sama, kita boleh mencapai perkara yang hebat," katanya.


Sumber - AFP

7 views0 comments

Comments


© 2023 - 2025 by Tezla Madani Resources

bottom of page