top of page

96 Peratus Isi Rumah Di Malaysia Pada 2022 Guna Internet

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Sumber Foto: Unsplash


BERITA TEKNOLOGI | Capaian isi rumah di Malaysia kepada internet meningkat kepada 96 peratus pada 2022 berbanding 94.9 peratus pada 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan media pada 31 Mei 2023 berkata, capaian oleh isi rumah terhadap telefon bimbit, radio dan televisyen kekal melebihi 95 peratus.


"Walau bagaimanapun, capaian ke atas siaran televisyen berbayar mencatatkan peratusan lebih rendah iaitu 76.9 peratus berbanding 83.2 peratus pada 2021," katanya menerusi Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2022.


DOSM berkata, penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia berusia 15 tahun ke atas juga meningkat kepada 97.4 peratus pada 2022 berbanding 96.8 peratus pada 2021.


Ia berkata, penyertaan dalam rangkaian sosial kekal menjadi aktiviti internet yang paling popular di Malaysia.


"Penggunaan internet meningkat dengan ketara bagi perkhidmatan berkaitan aktiviti mendapatkan maklumat, komunikasi, sivik dan politik, e-kerajaan, hiburan, e-dagang dan lain-lain perkhidmatan dalam talian," katanya.


Agensi itu berkata, aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan internet meningkat melebihi 3.0 mata peratus.


Katanya, aktiviti ini termasuklah mendapatkan maklumat barangan atau perkhidmatan yang meningkat kepada 92.5 peratus; memuat naik kandungan yang dicipta sendiri ke laman web (17.6 peratus); menguruskan laman web persendirian (10.3%); melaksanakan tugasan yang menjana pendapatan secara atas talian (15.5 peratus); perbankan Internet (74.8 peratus); mendengar radio secara dalam talian (72.8 peratus); menonton televisyen secara dalam talian (68.1 peratus) dan pembelian barangan atau perkhidmatan melalui e-dagang (70.4 peratus).


DOSM berkata Berdasarkan kajian ini, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menjadi salah satu indikator yang dipantau dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) turut menunjukkan peningkatan.


"Aktiviti asas kemahiran ICT seperti menyalin atau memindahkan fail; menggunakan teknik menyalin dan menampal untuk mendua atau memindahkan di dalam satu dokumen; dan menghantar e-mel beserta fail meningkat masing-masing kepada 97 peratus, 96.3 peratus dan 89.4 peratus.


"Sementara aktiviti yang memerlukan kepakaran tertentu seperti menggunakan teknik aritmetik asas di dalam lembaran kerja dan menulis program komputer menggunakan bahasa pengaturcaraan meningkat masing-masing sebanyak 67.1 peratus dan 23.5 peratus.


"Aktiviti-aktiviti lain juga meningkat iaitu menghubungkan dan memasang peranti baharu (79.2 peratus), mencari, memuat turun, memasang dan mengkonfigurasi perisian (72.5 peratus) serta membuat persembahan elektronik dengan menggunakan perisian komputer (62.9 peratus)," katanya.

3 views0 comments

コメント


© 2023 - 2025 by Tezla Madani Resources

bottom of page