top of page

Usia 6 Tahun Jana Pendapatan RM45 juta, Guna Youtube


Sumber: Youtube


INSPIRASI: Kecil-kecil cili padi. Siapa sangka usianya baru mencecah enam tahun. Namun usia sekecil itu beliau sudah meraih pendapatan sebanyak USD$11juta (RM44,880,000) dengan hanya menjadi tumpuan utama di YouTube.


Keistimewaan kanak-kanak itu adalah semata-mata kebolehannya membuat ulasan di YouTube menerusi ulasannya berkenaan permainan kanak-kanak.


Bakat kreativiti dan inovasi itu membolehkan Ryan Toys Review mencapai AS$11 juta selama setahun mulai Jun 2016 menurut laporan terkemuka FORBES.


FORBES mengeluarkan senarai pemilik akaun YouTube yang dibayar dengan bayaran tinggi dan ia menampilkan beberapa saluran menarik yang meraih lebih dari USD$127juta (RM518,236,000) dari Jun 2016 hingga Jun 2017.


Apa yang memberangsangkan dan menjadi kejayaan adalah apabila kanak-kanak ini juga tersenarai di tempat ke lapan sebagai penerima bayaran tertinggi YouTube pada 2016.


Keluarga Ryan memulakan dan mengembangkan bakat kreativiti bermanfaat itu selepas memulakan saluran di YouTube pada 2015 ketika berusia tiga tahun.


Lebih menarik perhatian ialah pengorbanan ibunya Loann berhenti kerja serta menguruskan akaun anaknya apabila sehingga kita Ryan mempunyai 10 juta pengikut dan kebanyakan videonya telah ditonton lebih 16 juta kali.





BAGAIMANA RYAN BERMULA?

Ryan mula berminat mengulas mainan kanak-kanak selepas menyaksikan banyak video mengenainya.


"Pada satu hari dia bertanya pada saya, "Kenapa saya tidak ada di YouTube seperti kanak-kanak lain?


"Mulai saat itu juga Ryan dibawa ke kedai untuk membeli set kereta api Lego dan dia mengulasnya," kata ibunya.



JANA PENDAPATAN MENERUSI YOUTUBE

Mungkin anda tahu apa itu YouTube - tetapi adakah anda tahu bahawa YouTube adalah salah satu lubuk duit Internet yang paling menuntungkan?


Inilah masa yang paling sesuai untuk anda mulakan Channel YouTube anda sendiri dan mangaut ketuntungan yang besar!


Anda boleh belajar untuk meraih pendapatan daripada YouTube dengan mengikuti langkah-langkah yang boleh diperolehi dengan membuat kajian di Internet, buku dan sumber.




Berikut adalah statistik terkini YouTube:

- Lebih dari 1 billion pengguna (lebih besar dari Instagram) dari seluruh dunia.


- Trafik di YouTube meningkat lebih dari 50% setiap tahun selama tiga tahun lepas.


- 80% pengguna YouTube dari luar US, kebanyakkan mereka di Asia termasuk Malaysia.


- Pendapatan iklan YouTube meningkat lebhi dari 50% tahun lepas.


- Jumlah YouTube Channel yang menjana lebih dari USD100,000 setahun juga meningkat sebanyak 50% tahun lepas.



TEKNIK UNTUK MULAKAN JANA KEWANGAN MENERUSI YOUTUBE

Langkah 1: Hasilkan video yang menarik !


Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati


Langkah 3: Ulang langkah 1 dan langkah 2


Langkah 4: Semak emel anda !


Langkah 5: Membuat permohonan melalui program rakan kongsi YouTube


Langkah 6: Mulakan proses permohonan


Langkah 7: Buka akaun dengan Google AdSense


Langkah 8: Tempoh menunggu untuk YouTube memproses permohonan


Langkah 9 : Mulalah buat duit !


Langkah 10: Ulang langkah 1


Ramai yang berjaya menjana pendapatan di YouTube adalah mereka yang rajin dan teliti serta patuh kepada langkah-langkah yang diberi.


SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA !


[LIMITED TIME OFFER] - Sekali invest, boleh belajar berkali-kali daripada pemain industri.

Kenapa perlu belajar 2-3 tempat andai di Tamplus mampu memberikan semua ilmu marketing yang anda boleh pelajari dan lakukan terus secara DIY daripada pemain industri itu sendiri.


Tamsplus - DIY Marketing Untuk Usahawan Online:


- Sebuah initiatif online course dari Tams Idea Sdn Bhd, sebuah agensi kreatif digital yang berpengalaman melakukan servis marketing untuk 300++ SME tempatan di luar sana.


Dalam module Tamsplus ini, kami akan kongsikan cara paling efektif dan praktikal berdasarkan pengalaman melaksanakan ratusan kempen marketing untuk syarikat tempatan.


Pelajari teknik DIY marketing daripada Tamsplus:


Copywriting

Content

Photography Mobile

Graphic Design

Social Media Ads




Kommentare


bottom of page