top of page

Lazada Tawar Jualan Sehari Terbesar 11.11, Ribuan Baucar Hantar Percuma



Jualan sehari terbesar 11.11 Lazada, edisi ke-10 bakal menawarkan harga terendah khas untuk pelanggan di Malaysia bagi pelbagai aneka produk, termasuk rangkaian fesyen bergaya, produk kecantikan, barangan elektronik dan banyak lagi.

Lazada dalam kenyataan media pada 7 November 2022 berkata, sempena festival beli-belah tahunan itu, pelanggan boleh mendapatkan promosi menarik, termasuk ribuan baucar penghantaran percuma, diskaun sehingga 90 peratus yang boleh dikumpul, dan banyak lagi.


Selain itu, katanya keceriaan Shoppertainment sebelum dan semasa jualan itu turut diadakan.


"Ia merupakan sebahagian daripada LazLive+: Ignite Your Passion Boom Festival yang dipaparkan oleh Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara.


"Jualan 11.11 tahunan ini amat istimewa buat kami kerana ia adalah festival membeli-belah yang meraikan pengguna, rakan jenama dan para penjual kami.


Beli di sini > KLIK DI SINI> https://www.lazada.com.my/shop/tezla-shop/



Pesta beli-belah ikonik ini telah menjadi suatu keutamaan dalam kalendar industri peruncitan di Asia Tenggara, khususnya lantaran tabiat dan kecenderungan membeli-belahpelanggan yang sentiasa ingin mendapatkan tawaran berbaloi, pembelian yang mudah, pantas dan senang didapati kini telah menjadi kemestian dalam era pasca pandemik," kata Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.


Darren Rajaratnam berkata Lazada menyemarakkan keceriaan dengan elemen Shoppertainment lebih memberangsangkan, tawaran dan penjimatan serta pelbagai cara bagi pelanggan untuk menemui promosi dari jenama dan produk baharu, sambil menikmati keriangan membeli-belah dalam talian.


Bagi Lazada, katanya, Shoppertainment pastinya telah menjadi nadi jualan mega.


"Kali ini, pengguna boleh menyertai keceriaan Festival BOOM 11.11, bermula pukul 8 malam pada 10 November dengan menonton LazLive+, melalui aplikasi Lazada Malaysia dan di halaman rasmi media sosial Lazada.


"Program itu memaparkan bintang-bintang LazLive+, termasuk chef selebriti Sherson Lian, pakar kecantikan Tasnim Shah, juara gaming Jaasuzuran, pakar kecergasan Jordan Yeoh, dan kumpulan muzik kegemaran ramai Dolla, bersama duta Lazada, Nabila Razali bagi menyemarakkan minat dan menyerlahkan pengalaman yang unik buat semua penonton.


"Penonton juga boleh merebut tawaran BOOM dengan diskaun sehingga 90 peratus dan baucar bernilai keseluruhan RM50,000 serta hadiah menarik, termasuk iPhone 14," katanya.


Di samping itu, pada jam 9 malam 11 November, Ketua Pegawai Diskaun Lazada akan kembali ke festival itu, di mana Ain Edruce dan Sissy Imann akan bertanding dengan Fiera Fendi dan Erissa Puteri untuk bersaing merebut gelaran Ketua Pegawai Diskaun Terbaik.


Katanya, penonton boleh menyertai keseronokan festival dengan mengundi pasukan yang menawarkan promosi paling 'chun'.


Menjelang Jualan 11.11, Lazada turut berkongsi beberapa intaian sneak peek melalui program Call To Win BOOM Deals di saluran LazLive.


Setiap hari bermula 1 hingga 9 November, antara jam 3 petang hingga 11 malam, dan semasa program terakhir pada 10 November antara 12 malam hingga 8 malam, pelanggan juga boleh memburu tawaran sambil menonton strim langsung bagi merebut produk pada harga terendah di Jualan 11.11 Lazada, hanya dengan satu panggilan telefon.


"Pelanggan juga boleh menikmati ganjaran melalui Shop and Win, di mana hadiah bernilai sehingga RM240,000 daripada jenama terkemuka seperti OGAWA, BONIA, Timberland, Tefal dan banyak lagi boleh dimenangi apabila pengguna 'check-out' pembelian mereka pada waktu tertentu sepanjang 11 November.


"Malahan, Lazada juga akan memberi ganjaran kepada pembeli ke-111 pada setiap jam antara 2 pagi hingga 7 pagi pada 11 November dengan ganjaran baucar Lazada bernilai RM500," katanya.


Selain daripada itu, dari 1 hingga 15 November, pelanggan juga boleh bergembira dengan pelbagai watak menarik Lazzie iaitu maskot kesayangan Lazada, melalui "Lazzie Hunt", apabila pelanggan membuat pembelian, menjemput rakan, menambah nilai Lazada Wallet, dan mengimbas kod QR di rangkaian kedai jenama yang mengambil bahagian di seluruh negara, antaranya cawangan Maxis dan CIMB Bank yang terpilih.


Watak Lazzie istimewa ini kemudiannya boleh digunakan untuk menebus ganjaran menarik, termasuk kerusi urut tajaan OGAWA bernilai RM19,999, baucar Lazada, baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus, baucar penjual, rebat Lazada Wallet, LazCoins dan banyak lagi.

Комментарии


bottom of page