Disusun Oleh: Mohd Ezli Mashut
"Just One Great Idea Can Revolutionize Your Life"
'Hanya Dengan Satu Idea Hebat Boleh Merevolusi Hidup Anda'
1. Sentiasa Amalkan Qiamuallail
Melaksanakan solat sunat tahajud, taubat, hajat, istikharah, witir, dhuha setiap hari. Ikhlaskan ibadah semata-mata kerana Allah semoga dengan keberkatannya ia membersihkan jiwa.
Dengan harapan sentiasa mendapat perlindungan dan bantuan serta diluaskan rezeki kebaikan dan dijauhi bencana dan kejahatan manusia dan jin.
2. Muhassabah Diri Dan Insaf
Sentiasa semak dan audit kesilapan yang kita lakukan. Kita menjadi individu paling beruntung jika sentiasa membuat semakan terhadap diri kita supaya tidak melakukan dosa dan maksiat berulang.
Setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri supaya hari esok lebih baik dan cemerlang daripada hari ini.
Imam al-Ghazali berkata, "Barang siapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak."
"Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." (Surah al-Anbiya, ayat 47)
Muhasabah itu diibaratkan seperti ubat pahit, tidak enak untuk dihadam namun ia adalah penawar terbaik bagi mengubati pelbagai penyakit.
3. Mengamalkan Bacaan Surah Al-Kahfi Pada Malam Jumaat
Pengamalan ini bukan sekadar mencari fadhilatnya sahaja. Ia perlu disertakan dengan mengambil pendekatan memahami maknanya dan pengajaran yang terdapat dalam surah Al-Khahfi.
Antara Fadhilatnya Adalah :
1. Terhindar Saripada Fitnah Dajjal
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”
(HR Muslim)
2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi)
4. Membaca Karya Agung Riyadus Solihin Setiap Hari
Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi yang menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan pelbagai bidang khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.
Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilm apabila kita dapat menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih.
Keistimewaan kitab ini:
• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik
• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah
• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta
• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah.
Comments