top of page

Melihat Roh Keluar Ketika Dicabut

  • Writer:  MOHD EZLI  MASHUT
    MOHD EZLI MASHUT
  • Jun 13, 2023
  • 3 min read



Rasulullah ﷺ (w. 11H) bersabda:


إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ ‌تَبِعَهُ ‌الْبَصَرُ


“Sesungguhnya roh jika dicabut, ia disusuli oleh pandangan mata” (Riwayat Muslim)

Imam ibn ʿUthaymīn (w. 1421H) berkata:


فالإنسان يرى نفسه وهي مقبوضة، ولهذا تبقى العين مفتوحة عند الموت تشاهد الروح وهي قد خرجت، وتؤخذ هذه الروح وتجعل في كفن ويصعد بها إلى الله


“Maka manusia melihat rohnya ketika ia dicabut. Kerana inilah mata seseorang kekal terbuka ketika kematian. Dia melihat rohnya keluar dari dirinya. Roh ini diambil, diletakkan ke dalam kain kafan dan dibawa naik menuju Allah”.


[Sharḥ al-ʿAqīdah al-Wāsiṭiyyah, jil. 1, hal. 76]

-------





Setiap hari kita mendengar berita kematian.

Kita dah bersedia untuk pengurusan jenazah?


Jom lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah yang lengkap mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah di sini: https://karyapis.com/?aff=Ezli2022


Judul: Ringkasan Hukum-hakam Berkaitan Jenazah Judul Asal (Arab): Talkhis Ahkam Al Janaiz Penulis: Shaykh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd. ISBN: 978-967-2910-12-1 Muka Surat: 378 m/s (Soft Cover)


Buku ini dikarang oleh Shaykh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, tokoh hadis moden yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Pengarang berjaya menyusun kandungan buku ini dengan sangat kemas, bermula daripada bab kewajipan bagi orang sakit, kemudian bab mentalkinkan orang yang nazak, seterusnya bab perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang hadir setelah kematian si mati, dan pelbagai lagi. Pendek kata, buku ini disusun bermula daripada kondisi hampir meninggal dunia, sejurus selepas meninggal dunia, sehinggalah urusan pengebumian jenazah.


Antara keistimewaan buku ini ialah, setiap hukum-hakam yang disebutkan disertakan dengan dalil. Melalui buku ini juga kita dapat melihat kefaqihan pengarang dalam berijtihad mengenai permasalahan jenazah dan perkara berkaitan. Di segmen akhir buku ini, pengarang menyajikan kepada kita pelbagai bentuk bidaah berkaitan jenazah, bermula daripada bidaah sebelum meinggal dunia, selepas meninggal dunia sehinggalah yang berkaitan dengan kubur, kesemua bidaah itu berjumpah 241!


Senarai kandungan buku ini:

  • Kewajipan bagi orang sakit

    • Reda, sabar & bersangka baik

    • Rasa takut (khawf) dan berharap (raja’)

    • Tak boleh berharap untuk mati

    • Menunaikan segala hak orang lain

    • Meninggalkan wasiat

    • Wasiat tentang pengurusan jenazah


  • Mentalkinkan orang yang nazak (hampir mati)

    • Mengajarkan dua kalimah syahadah

    • Mendoakan kebaikan & berkata baik

    • Tidak ada hadis sahih berkenaan membaca Yasin kepada orang yang nazak

    • Menziarahi orang kafir yang sedang nazak


  • Perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang hadir setelah kematian si mati

    • Menutup mata jenazah

    • Berdoa untuk mayat

    • Menutup mayat dengan kain

    • Keadaan mayat dalam ihram

    • Bersegera menguruskan jenazah

    • Lokasi pengebumian yang terbaik

    • Melunaskan hutang si mati


  • Perkara yang diharuskan bagi orang yang hadir dan selain mereka

    • Membuka wajah jenazah & mencium dahinya


  • Perkara yang wajib dilakukan oleh kaum kerabat si mati

    • Sabar & reda dengan takdir Allah

    • Hukum wanita berkabung kerana kematian anaknya atau suaminya


  • Perkara yang diharamkan bagi kaum kerabat si mati

    • Meratapi jenazah (al-Nihayah)

    • Menampar muka & mengkoyak pakaian

    • Mencukur & menguraikan rambut

    • Menyimpan janggut kerana dukacita atas kematian

    • Mengumumkan kematian mengikut cara jahiliyyah

    • Cara pengumuman kematian yang dibolehkan


  • Tanda-tanda Husn Al-Khatimah (kesudahan yang baik)

    • Mengucap syahadah ketika hampir mati

    • Mati dalam keadaan berpeluh di dahi

    • Mati pada malam Jumaat atau siangnya

    • Mati syahid di medan perang

    • Mati akibat wabak taun

    • Mati akibat sakit perut

    • Mati lemas atau mati di bawah runtuhan

    • Wanita mati dalam nifas kerana bersalin

    • Mati terbakar & mati akibat penyakit barah di selaput tulang rusuk

    • Mati akibat penyakit batuk kering

    • Mati mempertahankan harta yang hendak dirampas

    • Mati mempertahankan agama & diri

    • Mati semasa berjaga dan mengawasi musuh di jalan Allah di sempadan

    • Mati di atas amalan soleh

    • Mati dibunuh kerana menasihati pemimpin yang zalim


  • Pujian orang ramai ke atas si mati

  • Kematian pada waktu gerhana

  • Memandikan Jenazah

    • Kewajipan memandikan jenazah

    • Ketika memandikan jenazah

    • Siapa yang memandikan jenazah

    • Menutup badan jenazah dan menggunakan cebisan kain untuk menggosoknya

    • Aurat jenazah wanita sesama wanita Muslimah

    • Jenazah orang yang berihram

    • Memandikan jenazah pasangan (suami atau isteri)

    • Merahsiakan keadaan jenazah

    • Melakukan dengan ikhlas mengharapkan wajah Allah

    • Disunatkan untuk mandi bagi orang yang memandikan jenazah

    • Tidak disyariatkan memandikan orang yang mati syahid dalam peperangan


  • Mengkafankan jenazah

  • Mengusung & mengiringi jenazah

  • Mensolatkan jenazah

    • Hukum solat jenazah

    • Solat jenazah secara berjemaah

    • Saf solat jenazah

    • Imam solat jenazah

    • Solat untuk jenazah yang ramai

    • Hukum solat jenazah di masjid

    • Hukum solat jenazah di perkburan

    • Posisi jenazah di hadapan imam

    • Sifat & tatacara solat jenazah

    • Doa untuk jenazah di dalam solat jenazah

    • Waktu larangan solat jenazah


  • Pengebumian & perkara berkaitan

    • Bezakan perkuburan orang Islam & Kafir

    • Jenazah yang mati syahid

    • Waktu larangan pengebumian jenazah

    • Membuat liang lahad atau shaqq

    • Mengebumikan dua jenazah atau lebih dalam satu kubur

    • Menurunkan jenazah ke dalam kubur

    • Suami menguruskan pengebumian jenazah isterinya

    • Sunnah memasukkan jenazah dari bahagian kaki kubur

    • Tatacara meletakkan jenazah dalam kubur

    • Bacaan ketika meletakkan jenazah

    • Sunnah selepas pengebumian

    • Hukum mentalkinkan jenazah

    • Memberi tazkirah atau peringatan kepada orang yang hadir semasa pengebumian

    • Hukum mengeluarkan jenazah dari Kubur

    • Hukum menggali kubur sendiri sebelum meninggal dunia


  • Mengucapkan takziah

    • Batasan tempoh ucapan takziah

    • Perlu ditinggalkan walaupun ramai orang melakukannya

    • Kaum kerabat dan jiran-jiran menyediakan makanan buat ahli keluarga jenazah

    • Sunnah mengusap kepala anak yatim dan memuliakannya

    • Perkara yang bermanfaat untuk jenazah

    • Syariat menziarahi kubur

    • Hukum wanita menziarahi kubur

    • Hukum menziarahi kubur orang bukan Islam

    • Perbuatan membaca Al-Qur’an semasa menziarahi kubur

    • Mengangkat tangan untuk mendoakan kebaikan buat jenazah di dalam kubur

    • Hukum berdoa menghadap ke kubur

    • Memberikan khabar gembira tentang api neraka di perkuburan orang kafir

    • Larangan memakai kasut/selipar di perkuburan

    • Meletakkan tumbuhan dan bunga di atas kubur

    • Perkara lain yang diharamkan di perkuburan


  • Bidaah-bidaah Berkaitan dengan Jenazah

    • Sebelum meninggal dunia

    • Selepas meninggal dunia

    • Berkaitan pemandian jenazah

    • Berkaitan kafan jenazah & keluar membawa jenazah

    • Berkaitan solat jenazah

    • Berkaitan pengebumian jenazah

    • Berkaitan ucapan takziah

    • Berkaitan ziarah kubur


Jom lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah yang lengkap mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah di sini: https://karyapis.com/?aff=Ezli2022

 
 
 

コメント


bottom of page