Istighfar Adalah Pembuka Jalan
- MOHD EZLI MASHUT
- Jun 9, 2023
- 3 min read

Ibnu Taimiyyah berkata, "Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan, maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang seribu kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar."
Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian."
(Nuh : 10-11)
Salah satu sebab ketenangan hati dan fikiran adalah beristighfar kepada Allah. Dengan beristighfar sesuatu yang tadinya dianggap meudarat, tetapi justeru mendatangkan manfaat. Setiap qadak pada dasarnya baik, meskipun maksiat termasuk di dalamnya.
Dalam Al-Musnad karya Imam Ahmad, disebutkan: "Allah tidak menetapkan qadak bagi seorang hanbaNya, kecuali qadak itu baik baginya."
Ketika ditanyakan kepada Ibnu Taimiyyah: "Meskipun (ketetapan itu) maksiat?" Ibnu Taimiyyah menjawab: "Ya, jika maksiat itu disertai dengan taubat dan penyesalan, istighfar dan kesedaran."
...jika mereka menganiaya dirinya mereka datang kepadamu (Muhammad, untuk menyatakan taubat), lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untu mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(An-Nisa' : 64)
Abu Tamam berkata tentang masa-masa bahagia dan susahnya :
Tahun-tahun bahagia telah berlalu
Seolah-olah kita telah bertahun-tahun
tinggal dalam istana kebahagian
Lalu hari-hari kesedihan datang sesudahnya
seolah lama sekali kita di dalamnya
seolah hari dan orang yang hanya ada dalam mimpi
...dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)
(Ali-'Imran : 140)
Pada hari mereka melihat hari Kiamat nanti, mereka merasa seolah-olah dahulu tidak tinggal (di dunia)merasa seolah-olah dahulu tidak tinggal (di dunia) melainkan (hanya sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari.
(An-Nazi'at : 46)
Saya kagum dengan para tokoh yang dikenang dalam catatan sejarah. Ujian, cubaan dan bencana, mereka hadapinya seperti titisan air hujan atau hembusan angin. Dan tokoh yang paling terkenal adalah pemimpin semua makhluk, Muhammad S.A.W.. Dalam perjalanannya menuju Madinah, dia bersembunyi di dalam gua bersama sahabatnya, Abu Bakar. Pada saat musuh sudah mendekati mereka, dia berkata kepada sahabatnya itu :
...janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita...
(at-Taubah : 40)
Ketika dalam perjalanan hijrahnya kerana diusir dari kampung halamannya, dia memberi khabar gembira kepada Suraqah, yang mengekori perjalanannya, dengan mengatakan bahawa pada suatu masa kelak dia akan memakai gelang Kisra (raja Parsi).
Apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. kepada Suraqah ini menjadi kenyataan tatkala Umar bin Al-Khattab Radiyallahu 'anhu menjawat jawatan Khalifah. Pada suatu hari setelah berjaya menakluk Parsi, Umar memanggil Suraqah untuk datang ke Masjid Nabawi. Saat itulah Suraqah disuruh oleh Umar untuk mengenakan pakaian dan perhiasan bekas milik raja Parsi di hadapan orang ramai di dalam masjid.
Khabar gembira dari Allah
yang disampaikan di mulut gua
sebagai sebuah wahyu
dan menciptakan kebahagiaan di dunia
Pada ketika Perang Badar, baginda dengan semangat mengenakan baju perangnya dan bersabda :
Pasukan musuh pasti akan ditaklukkan dan mereka akan mundur ke belakang.
(Al-Qamar : 45)
Anda adalah seorang yang berani
jika berhadapan dengan pasukan lawan.
Dalam keadaan sulit
anda berjaya mengalahkan pendekar-pendekar mereka.
Pada saat Perang Uhud setelah banyak sahabat yang terluka dan terbunuh dia berkata kepada para sahabatnya : "Berbarislah kalian di belakangku, maka aku akan memuji Tuhanku."
Inilah merupakan cita-cita Nabi yang menembus bintang-bintang di angkasa dan tekad seorang nabi yang menggoncangkan gunung-gunung.
Qais bin 'Ashim Al-Munqiri adalah salah seorang penyantun di tanah Arab. Suatu ketika dia sedang duduk menceritakan sebuah kisah di hadapan kaumnya. tiba-tiba datanglah seorang lelaki tergopoh-gopoh mengatakan : "Anakmu baru saja dibunuh oleh anak Si Fulan!" Meskipun telah mendengar berita itu, dia tidak berganjak dari tempat duduknya dan tidak menghentikan ceritanya hinggalah selesai. Setelah selesai, dia berkata: "Mandikan dan kafani jenazahnya!Setelah selesai panggillah aku untuk menyembahyangkannya."
...dan orang yang sabar tatkala kesempitan, penderitaan dan saat peperangan...
(Al-Baqarah : 177)
Ketika Ikrimah bin Abu Jahal sedang menghadapi sakaratul maut, beliau telah diberikan air, tetapi beliau menolaknya seraya berkata : "Berikan air itu kepada Fulan"-yakni Haritis bin Hisyam. Para sahabat pun memberikan air itu kepada setiap orang yang ditunjuk oleh setiap orang yang diberinya minum secara bergantian satu persatu sehingga semuanya meninggal dunia (tanpa ada yang sempat meminum air tersebut).
Jikalau mereka terbunuh, darah mereka bergolak
kerana terbunuh di jalan Allah
sudah menjadi cita-cita mereka sejak dulu.
Seorang penyair mengatakan :
Sungguh orang yang berjaya di dunia
adalah orang
yang tidak bergantung pada siapa pun di dunia.
Rujukan :
Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan
Penterjemah :
Noraine Abu
Penyunting :
Dr. Mohd Puzhi Usop
Diterbitkan oleh :
Al-Hidayah Publication
27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.
Σχόλια