top of page

Hakikat Dunia Yang Sebenarnya

  • Writer:  MOHD EZLI  MASHUT
    MOHD EZLI MASHUT
  • Jun 9, 2023
  • 3 min read




Ukuran kebahagian itu ada dalam Kitab Allah yang agung dan kadar dari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hamba, baik ketika masih di dunia mahupun ketika di akhirat kelak.

Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang kafir terhadap Tuhan Yang Maha Pemurah bumbung-bumbung perak untuk rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka naikinya. Kami (buatkan pula) pintu-pintu (perak) untuk ruma-rumah mereka dan begitu (pula)kerusi-kerusi panjang yang mereka berteleku di atasnya dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari emas untuk mereka). Semua itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu; disediakan bagi orang yang bertakwa.

(Az-Zukhruf : 33-35)


Ayat ini menggambarkan dengan jelas tentang hakikat kehidupan berserta material dan tentang status sosial; kehidupan; istana-istana, rumah-rumah mewah, emas,perak dan kedudukan sosial yang berkaitan dengannya.


Dengan memberikan segala sesuatu kepada orang kafir secara sekaligus dan sebaliknya segala pemberian itu tidak berharga kepada umat manusia. Betapa tiada nilainya dunia ini.


'Atabah bin Ghazwan r.a, seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang terkenal itu, mengungkapkan rasa hairan ketika dia sesekali berkhutbah Jumaat. Dia mengenangkan; bagaimana getirnya saat itu ketika bersama Rasulullah S.A.W., ketika hanya boleh makan dedaunan pada saat-saat jihad di jalan Allah.Saat-saat seperti ini dia dirasakan sebagai saat yang paling disukai sepanjang usianya dan sebagai hari-harinya yang manis.


Selanjutnya, sepeninggalan Rasulullah S.A.W. dia masih diberi umur oleh Allah dan diangkat menjadi seorang penguasa dan juga seorang hakim. Menurutnya, kehidupan yang harus dihadapi sepeninggalan Rasulullah S.A.W. adalah kehidupan yang sangat tidak berharga beliau berkata.


Kulihat orang yang sengsara

tidak pernah bosan dengan dunia

sekalipun mereka di dalamnya

hidup dengan telanjang dan kelaparan.

Kulihat dunia ini sekalipun menyenangkan

tak ubahnya seperti awan di musim panas

dalam waktu sekejap dia pergi tanpa kesan.


Sa'ad in Abi Waqqash R.A merasa kebingungan saat dilantik menjadi penguasa di Kufah sepeninggalan Rasulullah S.A.W.. Dia melihat keaddan yang sangat berbeza dibandingkan saat bersama Rasulullah S.A.W., yang cukup hanya dengan makan tumbuh-tumbuhan dan hanya makan kulit kambing yang sudah kering., dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air. Dia melihat betapa tidak berharganya istana-istana dan rumah-rumah yang indah.


Dan sungguh akhirat itu lebih baik bagimu daripada kehidupan dunia.

(Adh-Duha : 4)


Itu ertinya ada sesuatu dalam perkara ini dan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik masalah ini, kehidupan dunia yang tidak berharga.


Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami bersegera memberikan kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak menyedarinya.

(al-Mukminun : 54-55)


Rasulullah S.A.W. bersabda: "Demi Allah, bukanlah kekafiran yang lebih aku khuatirkan atas diri kalian."


Ketika Umar R.A. memasuki rumah Rasulullah S.A.W, baginda sedang berada di tempat minumnya. Dilihatnya kesan-kesan bekas tikar dipunggung Rasulullah S.A.W> dan hanya ada karung gandum yang tergantung di rumahnya. Tanpa disedari air mata Umar mengalir di pipinya. Sebuah pemandangan yang sangat menyantuh perasaanya., kerana saat itu baginda adalah seorang teladan dan pemimpin bagi seluruh umat manusia, tetapi baginda ketika itu dalam keadaan yang sangat sederhana seperti ini.


Mereka berkata: "Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?"

(Al-Furqan : 7)


Tercetus ucapan dari bibirnya: "Wahai Rasulullah, engkau telah mengetahui corak hidup Kisra dan Kaisar."


Rasulullah S.A.W. menjawab: "Wahai Ibnu Al-Khattab, apakah engkau masih meraguiku. Tidakkah engkau reda jika kesenangan akhirat menjadi milik kita, sedang mereka hanya memperoleh kesenangan dunia."


Ini adalah sebuah perbandingan yang sangat jelas dan pembahagian yang sangat adil. Biarkanlah orang yang menerima itu akan memperolehkannya dan biarkan pula orang yang tidak suka akan membencinya. Biarkanlah orang yang menginginkan kebahagian itu mencarinya pada dirham, dinar, istana dan kenderaan dan biarkan pula dia berusaga untuk itu saha. Demi mendapatkannya.


Barang siapa yang menghendaki kehidupan dania dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balsan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dikurangkan padanya. Itulah orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.

(Hud : 15-16)


Seoarang penyair mengatakan:


Ku tinggalkan dunia

untuk beralih kepada yang lainnya

kerana tiada yang diharapkan dari dunia ini

bagi orang yang soleh.



Rujukan :

Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan


Penterjemah :

Noraine Abu


Penyunting :

Dr. Mohd Puzhi Usop


Diterbitkan oleh :

Al-Hidayah Publication

27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

 
 
 

Yorumlar


bottom of page