top of page

Dikenang Kebaikannya Bererti Berumur Panjang

  • Writer:  MOHD EZLI  MASHUT
    MOHD EZLI MASHUT
  • Jun 12, 2023
  • 1 min read



Di antara perkara yang dapat membahagiakan seorang muslim adalah ketika dia mempunyai umur kedua, iaitu mampu menjadikan dirinya sebagai kenangan manis (setelah meninggalnya).

Sungguh menghairankan orang yang ingin dikenang sebagai orang baik, tetapi tidak pernah mengusahakannya, baik dengan hartanya, kedudukannya, mahupun amalnya.


Telah dijelaskan di depan bahawa Ibrahim memohon kepada Tuhannya agar dikurnia "lisana sidqin" dalam kalangan orang yang hidup sesudahnya. Maksudnya, Ibrahim memohon kepada Allah supaya dia selalu diingat kebaikannya oleh orang lain dan diberi ucapan selawat.


Saya kagum dengan orang yang tetap dikenang kebaikan, kemuliaan dan pengorbanannya walaupun dia telah meninggal dunia. Sehinggakan 'Umar pernah bertanya kepada putera-putera Harim bin Sinan: "Apa yang telah diberikan Zuhair kepada kalian dan apa yang telah kalian berikan untuk Zuhair?" Mereka menjawab: "Dia mumuji kami dan kami memberinya harta." 'Umar berkata: "Demi Allah, apa yang kalian berikan kepadanya akan hilang, sedang pemberiannya kepada kalian akan abadi." Maksudnya, pujian dan sanjungan akan tetap abadi sepanjang masa.


Rujukan :

Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan


Penterjemah :

Noraine Abu


Penyunting :

Dr. Mohd Puzhi Usop


Diterbitkan oleh :

Al-Hidayah Publication

27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.




 
 
 

Comments


bottom of page